Pusat Sehenti Pertanian Anda

Kami menyediakan haiwan ternakan sepeti lembu, kambing, kambing biri-biri, buah-buahan dan sayur-sayuran

Hero Image
Lembu
Kambing biri-biri
Sayur-sayuran
TENTANG KAMI

Agro Mitra Sdn. Bhd.

Syarikat Agro Mitra ditubuhkan pada 10hb Februari 2023 dan merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri pertanian dan penternakan khususnya lembu, kambing dan bebiri.

Agro Mitra ingin merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan industri penternakan dan asas tani sebagai salah satu sumber utama yang boleh menjana pendapatan negara di samping ingin menyediakan sumber produk ternakan lembu & kambing yang dijamin halal dan berkualiti untuk memenuhi keperluan para pengguna. Agro Mitra kini memiliki 2 buah ladang penternakan dan pertanian sendiri di Malaysia yang terletak di Kampung Bukit Damar, Cyberjaya, Selangor.

2
Ladang Ternak & Pertanian
10
Pekerja
3
Baka Lembu
3+
Pengalaman
Professional team collaboration

Kualiti Diutamakan

Syarikat sentiasa menitik beratkan kualiti produk

Team meeting
Office workspace
Keterjaminan Makanan

Selaras sasaran kerajaan, syarikat berusaha menyediakan bekalan daging yang mencukupi.

Produk Berkualiti

Haiwan ternak dan hasil tuaian kami sentiasa dikawal dan dijamin berkualiti.

Penternak Berpengalaman

Petani dan penternak kami mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang masing-masing.

Security Solutions

Misi

Menjadi pembekal daging ternakan yang utama dengan mengoptimum penggunaan teknologi maklumat serta IOT bagi tujuan memudahkan pengurusan penternakan untuk menghasilkan daging ternakan yang berkualiti dan pengurusan bekalan yang efficient buat pembeli di Malaysia.

Visi

Memberi perkhidmatan yang terbaik dari segi servis dan kualiti produk ternakan kepada pengguna.

Produk

Produk

Agro Mitra menternak dua jenis baka lembu dan bebiri yang sesuai dan mengikut kemampuan pengguna di dalam negara.

LEMBU

Brahman-KK Cross

Lembu Brahman Cross kacukan lembu Brahman dan lembu Kedah-Kelantan (KK) yang tahan lasak. Lembu Brahman adalah salah satu daripada pelbagai jenis lembu yang berasal dari negara India. Ciri fizikalnya boleh dikenali melalui punuk yang besar dan gelambir di leher, serta biasanya lembu Brahman berwarna coklat, merah, kelabu dan hitam.

RM5,500+. Penghantaran Disediakan
Services

LEMBU

Charolais-Limousine Cross

Lembu Charolais dan Limousine adalah baka yang dikategorikan sebagai lembu premium disebabkan oleh dagingnya yang banyak dan enak

RM8,500+. Penghantaran Disediakan
Services

KAMBING

Kambing Bebiri Tempatan

Kambing biri-biri tempatan adalah baka unggul kambing yang pertama kali dikembangkan di sini. Badannya kecil, dengan ketinggian gumba bagi jantan antara 60 sentimeter hingga 65 sentimeter, manakala betina setinggi 56 sentimeter. Berat badan jantan boleh mencapai 25 kilogram, manakala betina seberat 20 kilogram. Telinganya tegak, berbulu lurus dan pendek. Kedua-dua jantan dan betina mempunyai dua tanduk yang pendek. Kambing jantan dan betina ini tergolong dalam jenis kambing pedaging.

RM800+. Penghantaran Disediakan
Services
Perkhidmatan

Perkhidmatan

Pada tahun ini, sekali lagi Agro Mitra berhasrat untuk menjalankan Ibadah korban dan akan menguruskan 10 ekor lembu pada tahun ini. Peluang ini terbuka kepada semua yang berminat untuk menunaikan ibadah korban. Ini juga peluang untuk tuan puan menikmati sendiri keberkatan daging korban. Insya Allah.

Akikah

Kambing

Akikah Kambing seekor bermula dari RM500 – RM1300

$12/mo $120/yr
  • Diuruskan oleh petugas – petugas Agro Mitra yang berpengalaman dalam menguruskan sembelihan.
  • Boleh terus memilih pakej masakan catering jika mahu.
  • Penghantaran PERCUMA di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.
Korban

Lembu

PAKEJ 1 : Peserta korban terima 2kg daging (1 bahagian RM850 / 1 lembu RM5950)

$59/mo $590/yr
  • Diuruskan oleh petugas – petugas Agro Mitra yang berpengalaman dalam menguruskan sembelihan.
  • Boleh terus memilih pakej masakan catering jika mahu.
  • Penghantaran PERCUMA di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.
  • Sijil akan diberikan kepada para peserta.

Adakah perkhidmatan sembelihan disediakan?

Ya. Lembu dan kambing boleh disembelih di bilik sembelihan Agro Mitra sendiri dengan sembelihan yang mengikut syariat Islam.

Adakah Agro Mitra menyediakan perkhidmatan melapah & memotong daging?

Ya. Kami mempunyai mesin sembelih yang berteknologi untuk melaksanakan kerja. Proses melapah juga tidak lama dan akan dipotong mengikut kehendak pengguna samada untuk dipanggang seekor-seekor, BBQ atau potongan Buffet.

Adakah Agro Mitra menyediakan program ternakan lembu secara pajakan?

Pihak syarikat telah meneliti cadangan untuk mengadakan program ini. Teruskan bersama kami untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai program pajakan ini.

Adakah pihak Agro Mitra menyediakan perkhidmatan tempahan masakan / catering?

Ada. Kami menyediakan perkhidmatan masakan terus kepada anda. Upah yang dikenakan sangat berpatutan. Antara menu masakan kambing yang popular untuk Aqiqah adalah kambing panggang, kambing golek, kari kambing dan sebagainya.

Adakah pihak Agro Mitra menyediakan perkhidmatan penghantaran?

Ada. Lembu / kambing ternakan akan di hantar kepada pembeli dengan jumlah harga yang telah di persetujui. Haiwan ternakan akan di ikat dengan cermat pada besi penghadang lori agar haiwan tersebut tidak mudah bergerak semasa proses penghantaran di lakukan dan di hantar menggunakan lori dengan selamat.

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Hubungi kami untuk maklumat yang lebih lanjut

Agro Mitra Sdn. Bhd.

202301004598 (1498517-M)

sales@agro-mitra.com
+6011 1853 8990
Jln Bukit Damar 1/3B, Kg. Bukit Damar, 63000 Cyberjaya, Selangor
Sedang dihantar
Pesanan anda telah dihantar. Terima Kasih!